Selasa, 17 Februari 2009

**Madah iLmu**

Berfikir taraf tinggi itu…ialah berfikir dipimpin oleh jiwa..hasil fikirannya bak mutiara.

Apa sahaja yang kita lihat didunia ini boleh mengajar kita..dengan syarat kitaa melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.


Tiga perkara yang orang tidak puas-puas memburunya..ahli ilmu dengan ilmu..orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.

Ilmu adaalah panduan..harta adalaah alat..kedua-duanya adalah untuk menegak kebenaran..bukan untuk cari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan.


Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia..ertinya ilmu dan amal itu tiada nilainya disisi Allah dan manusia.

Ilmu yang memberi manfaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia..ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita kejalan yang menyelamatkan..tetapi sangat sukar kita nampak akan adanya.


Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya..membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya..jikalau diberikan pada orang lain ia akan bertambah..tidaak payah dikawal dan dijaga seperti harta.

Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk..begitulah orang yang berilmu..apabila tidak berjalan dan bermusafir iaa akan jumud dan beku.


Sumber ilmu adalah mendengar..melihat..berfikir..membaca dan dari hati..

Biar sedikit cakap banyak amalan..biar sedikit berbincang tetapi membuahkan sepakatan..biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.


Buah akal ialah ilmu pengetahuan..buah jiwa atau hati ialah iman..buah fizikal ialah kemajuan..alangkah indaahnya kalaau ketiga- tiga ini melahirkan buah dalam kehidupan.

Alim lisan pandai bercakap tidak berbakti..alim hati kurang bercakap banyak berbakti..alim lisan dan hati bercakap dan beramal sama selari..

Temanku...

Andai hening ini bisa berkata-kata, pastikan ku utus bisikan doaku untukmu...
Andai rembulan bisa memahami, kan ku paksa ia menyinarimu..tapi, mustahil untukku lakukan itu semua..hanya kalungan doa mengiringi setiap langkah perjuanganmu teman..

Duhai teman yang dikasihi…

Hidup ini ibarat sebuah pelayaran yang menuju Akhirat..telah banyak yang karam dilautan,godaan mahaupun dugaan. Oleh itu belayarlah dengan kapal taqwa berkompaskan Ilmu Islam dan berbekalkan Iman...

Duhai teman yang disayangi...

Kadang-kadang kita kesunyian tika tidak ada insan disisi..terasa rindu bila berjauhan..sedih jika kehilangan..takut bila keseorangan dan risau ditimpa musibah..tapi apakah kita tidak menyedari sebenarnya ALLAH sentiasa disisi kita..rindukan kita..pengubat luka kita..melindungi kita dan penenang hati kita ketika semua insan melupakan kita..

Duhai teman yang disanjungi...

Kemanisan iman disemai di dalam jiwa sesama insan yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH, .cinta dan benci kerana ALLAH, nasihat dan tegur kerana ALLAH, berukhuwah kerana ALLAH, hatta tiap hubungan dan ikatan aqidah islamnya di dasarkan kepada ALLAH..Indahnya ukhuwah fillah kerana tautan hati yang tertulis dihubungkan oleh ALLAH..itulah rahmat dan nikmat yang tidak ternilai kepada hamba-hamba pilihannya dalam berukhuwah..

Duhai teman yang dihormati...

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sekali langkah tersadung rebah menyembah..sekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada diatas landasan yang betul, usah di gusar pada “ANUGERAH TUHAN”..anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan…

Duhai teman yang setia...

Sesuatu yang di impikan tidak selalu menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak di duga seringkali berlaku dengan tiba-tiba..biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam..tapi usah kita ketawa memanjang kerana kemenangan yang belum pasti untuk selamanya..tiada abid yang ma’sum tanpa dosa..apalagi bila berjiwa muda, namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa tapi tidak mustahil esok kita pula rebah tidak berdqya..kuatkan hati wahai pejuang ALLAH..

Duhai teman yang riang...

Tiap kesusahan itu disusuli dengan kemenangan..tiap usaha yang baik itu tidak akan di sia-siakan oleh ALLAH..dan bersabarlah kerana tiap Ingatlah makhluk itu telah ditetapkan rezekinya dimuka bumi ALLAH ini..gandakan usahamu dan mintalah kepadaNYA..

Duhai temanku..

Dalam keriangan kita terlupa rupa-rupanya perjalanan kita semakin singkat menujuNYA..semoga nikmat usia yang terus diberi hingga saat ini telah kita gunakan ke jalan yang diredhai ILAHI..

YA MUJAHIDUL ISLAM...

Jasadmu hanya pinjaman didunia, hatimu hanya milik yang ESA,. Perjuanganmu untuk agamaNYA..Semoga diri kalioan sentiasa dalam redhaNYA..




DISEDIAKAN OLEH:
HAMBA ILAHI 11 JUN 2008

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .: Luasnya Neraka :.Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedarnabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Abu Sa'id meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Abdullah bin Marzuq pernah bersama al-Mahdi di tengah dunia yang luas. Suatu hari ia minum dengan diiringi senda gurau dan sima' (nyanyian dan musik), sehingga tidak shalat Zhuhur, Ashar dan Maghrib. Sebenarnya sahaya wanitanya sudah mengingat-kan tentang semua itu. Ketika datang waktu Isya', sahaya wa-nita tersebut datang dengan membawa bara api lalu diletakkan di atas kakinya. Dia terperanjat seraya berkata, "Apa ini?" Sahaya wanita itu berkata, "Ini bara api dunia, lalu bagaimana halnya dengan api neraka?" Maka ia pun menangis dengan tangisan yang keras. Kemudian ia menunaikan shalat sambil menangis. Apa yang dikatakan sahaya wanita tersebut sangat ber-kesan dalam jiwanya. Ia tidak melihat sesuatu pun yang dapat menyelamatkan dirinya kecuali berpisah dengan hartanya yang selama ini dinikmatinya. Ia lalu memerdekakan para sahaya wanitanya, meminta maaf kepada semua pihak yang pernah berinteraksi dengannya, dan menyedekahkan hartanya yang masih tersisa. Akhirnya ia menjadi penjual sayur, dan sahaya-nya tadi selalu mengikutinya. Suatu kali Sufyan bin Uyainah dan al-Fudhail bin Iyadh menjenguknya, ternyata keduanya menjumpai batu bata di bawah kepalanya dan tidak ada sesuatu pun di bawahnya. Melihat hal itu, Sufyan bin Uyainah berko-mentar untuknya, "Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu karena Allah, melainkan Allah menggantikan untuknya dengan suatu ganti. Apakah yang Allah gantikan kepadamu dari segala yang engkau tinggalkan karenaNya?" Ia menjawab, "Ridha de-ngan apa yang aku jalani." Yakni, ridha dengan kemuliaan zuhud dari dunia yang hina dina ini dengan segala kerusakan dan godaannya yang disifati oleh orang bijak dengan pernyataannya, "Jika datang, ia menjatuhkan. Jika tampak, ia membuat ketakutan. Jika matang, ia menjadi busuk. Betapa banyak orang sakit yang kita jenguk namun kita sendiri tidak mau kembali. Betapa banyak kubur yang dibangun namun kita tidak mau bertaubat. Betapa banyak raja yang memiliki banyak monumen, namun setelah mencapai puncaknya, ia mati."