Isnin, 20 April 2009

Sebelum tamadun Greek bermula, sudah wujud kemajuan dalam pemikiran contohnya: Mesirpembinaan piramid, pengawetan mayat dan sistem pengairan. Iraq-sistem cerapan bintang. China & India-pembinaan dengan nilai saintifik yang tinggi.Ini menunjukkan terdapatnya kemajuan dari segi pemikiran saintifik di Timur waktu itu. Fakta juga
mengatakan bahawa Thales dan Phytagoras, ahli falsafah Yunani sendiri belajar ilmu geometri dan falak di Mesir dan Iraq. Golongan paderi yang tidak menguasai agama dengan baik memusnahkan ilmu. Berbeza di Yunani, orang Greek bebas menyebarkan ilmu pengetahuan. Falsafah Greek ialah falsafah yang muncul dan berkembang di Greek dan berkenaan dua unsur,luaran dan dalaman. Unsur luar ialah interaksi orang Greek dengan tamadun Timur yang umumnya berlaku melalui kegiatan perniagaan dan lawatan untuk mencari ilmu. Mereka bawa pulang ilmu perubatan, geometri, pertanian, falak dan huruf ejaan serta alatulis. Semua inilah yang meluaskan ilmu di kalangan mereka. Faktor dalaman pula ialah persekitaran di Greek 3 sendiri pada waktu itu. Greek mencapai kejayaan yang tinggi dalam politik dan juga tanah jajahannya. Falasafah tersebut berpindah dari Barat ke Timur dan ini ialah antara faktornya:
1.pembukaan Iskandariah, Mesir yang menjadi bandar mewah dan bandar ilmu.
2.Penindasan Constantive1 yang menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan mencapai
puncaknya apabila Justinian1 menutup sekolah falsafah di Athens(529m).

Falsafah Greek mula berkembang di Timur terutama Iskandariah, Mesir dan Intakiyah, Syria. Pertikaian berlaku dalam Kistian samada Isa dan Maryam itu Tuhan atau manusia. Ada juga berpendapat Isa adalah manusia biasa dan ada juga yang menganggap Isa ialah jelmaan Tuhan dalam bentuk manusia. Tahun 174 M, Sawiras mempertikaikan Taurat dan Injil telah dipinda. Isa dianggap belum mati dan menolak kebangkitan semula. Penghujung abad kedua Masihi, muncul pemikiran “triniti”, berasakan konsep tiga uqnum dalam satu bilangan. Dalam Kristian juga ada asas2 ilmu dan pemikiran Arab jahiliah di samping falsafah Timur dan Barat. Kemahiran utama masyarakat Arab jahiliah bukan hanya dalam sastera malah ilmu kaji bintang dan cuaca yang diperolehi secara tidak formal. Mereka tidak berbakat dalam falsafah namun tidaklah terpinggir daripada pembangunan, mereka juga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang masyhur ketika itu seperti matematik. Mereka ada doktor yang mahir dan cukup yang belajar di
Parsi dan Rom. Antaranya ialah al-Harith Ibn Kaladah al-Thaqafi dan anaknya, al-Nadhr Ibn al-Harith.

0 comments: