Isnin, 20 April 2009



Umat Islam di waktu kebangkitan Islam cuba untuk melengkapkan diri dengan lebih daripada satu bidang ilmu sebagaimana yang saranan Islam sendiri. Salah seorang yang berjaya berbuat demikian ialah Abu Ali al-Husain Ibn Abdullah Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibn Sina. Bukan setakat ahli perubatan kelas pertama malah ahli sains dan falsafah. Ahli politik dan kemasyarakatan yang lincah dan berkaliber. Lahir di Bukhara pada (980M), dalam sebuah keluarga berada. Di sanalah beliau mendalami bidang bahasa dan sastera. Setelah menguasai ilmu itu, beliau mula berminat dengan ilmu akal di usia 20 tahun. Mempelajari logik, geometri dan
buku Almagest daripada Abu Abdullah al-Natali, rakan bapanya. Kemudian, belajar ilmu sains,fiqh dan perubatan daripada guru yang berlainan. Mendapat pencapaian yang tinggi dalam ilmu perubatan dan mengajar para doktor untuk menambahkan ilmu mereka. Memperoleh 10 penghormatan setelah berjaya merawati Putera Nuh Ibn Nas al-Samani dengan dibenarkan menggunakan perpustakaan istana yang kaya dengan buku yang sukar diperolehi dan mendapat ilmu yang banyak dari situ. Kelayakan membolehkannya menerima gelaran Mahaguru Pertama (al-Syaikh al-Ra’is). Memilih aliran al-Farabi dalam bidang falsafah dan mengatasinya dalam penyusunan ilmu falsafah dan sains Islam. Digelar guru ketiga dalam ilmu logik kerana cemerlang. Begitu juga dalam syair, prosa, matematik, falak dan muzik. Menghasilkan buku2 seperti al-Qanun dan al-Najah. Beliau berpendapat, ilmu matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Percaya bahawa tanpa tubuh yang tahan, ubat pun tidak berguna.

0 comments: