Rabu, 4 Mac 2009
Emosi yang merupakan sebahagian daripada fitrah kejadian manusia. Islam menerangkan tentang pengkajian manusia melalui ayat-ayat al-Quran terdiri daripada dua unsur iaitu unsure material dan unsur spiritual. Unsur material yang dirujuk kepada unsure jasmani yang terbina daripada darah, daging, dan tulang.
Firman Allah dalam surah al-Mukminun (23):12-14.
Unsur spiritual pula dirujuk kepada unsur roh, nafsu, hawa dan akal seperti dalam surah al-Nahl(16):78.
Daripada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dariapada Abdullah yang bermaksud:
“setiap seorang daripada kamu dihimpunkan kejadiannya didalam perut ibunya selama empat puluh hari. Kemudian ia menjadi seketul daging dalam tempoh yang sama juga. Setelah itu Allah mengutus malaikat dan diperintahkan menulis empat perkara iaitu amalannya, rezkinya, ajalnya dan untung nasibnya samada celaka atau bahagia. Kemudian ditiupkan kepadanya roh.”
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan para ulama’ tentang kejadian manusia yang terdiri daripada unsure jasmani dan rohani, maka Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah al-Quran telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia seperti:
Emosi takut
Iman al-Ghazali dalam menghuraikan emosi takut telah mengibaratkan ia sebagai sesuatu yang menikam dan terbakar di dalam hati disebabkan oleh datangnya sesuatu perkara yang sangat dibenci dan tidak diingini. Abd Aziz Mohd Zin pula menjelaskan, takut merupakan perasaan yang ada pada diri manusia. Manusia akan merasa takut ketika berhadapan dengan perkara yang merbahaya dan mendatangkan kerosakan.
Dalam menjelaskan tentang emosi takut yang wujud pada manusia, Allah telah berfirman dalam surah al-An’am (6):15
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang emosi takut, Muhammad Uthman Najati dalam bukunya al-Quran wa Ilm al-Nafs telah membahagikan perasaan takut yang ada pada manusia kepada beberapa jenis iaitu takut kepada Allah, takut kepada manusia, takut kepada kematian dan takut kepada miskin.
Emosi Marah
Emosi marah merupakan satu perasaan yang timbul apabila manusia tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan bercelaru. Kadang-kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam. Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk keperluan hidupnya. Sebagai satu sifat yang semulajadi, pada asalnya mempunyai emosi marah bukanlah suatu kecacatan atau kekurangan manusia. Namun begitu, emosi marah ini boleh meenjadi sifat yang keji, jika kemarahan itu menimbulkan perasaan dendam dan melampaui batas kemanusiaan. Emosi marah yang tidak dikawal boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri dan orang lain.
Allah s.w.t turut menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firmannya dalam surah Ali Imran (3):134
Dalam Islam memperakui adanya emosi marah, tetapi bukan emosi marah yang tidak dapat dikawal sehingga menimbulkan kerosakan kepada dirinya dan masyarakat seperti mana al-Razi menjelaskan bahawa kemarahan yang keterlaluan boleh membahayakan diri sendiri. Islam tidak melarang manusia mempunyai perasaan marah yang kena pada tempatnya dan diperlukan. Dalam konteks dakwah Islamiyah, Rasulullah s.a.w pernah marah. Kemarahannya kerana ada perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran.
Emosi marah merupakan naluri semulajadi manusia yang sedia wujud. Emosi marah ini boleh memberi manfaat kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan keadilan. Tetapi emosi marah yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh membawa kepada kerosakan diri dan orang lain.
Emosi benci
Emosi benci mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya ialah apabila manusia benci melihat kemungkaran yang berlaku akan mendorong manusia untuk memperbetulkan keadaan tersebut manakala keburukannya pula ialah apabila emosi benci tidak dapat dikawal boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan.
Dalam al-Quran yang menceritakan tentang wujudnya emosi benci dalam diri manusia seperti dalam surah al-Baqarah (2):216
Selain daripada itu dalam al-Quran juga menyebut tentang golongan yang mempunyai emosi bencikan Islam dan pengikutnya seperti dalam surah al-Taubah(9): 54
Emosi benci yang disentuh dalam al-Quran adalah untuk menjelaskan atau membongkar perasaan benci mush-musuh Islam agar umat Islam berwaspada dengan golongan ini. Dalam konteks dakwah pula emosi benci ini hendaklah digunakan di tempat yang betul dan meelarang dari mempunyai perasaan benci yang boleh membawa kepada pergaduhan atau kerosakan dalam masyarakat.
Para psikologi moden telah melakukan kajian hingga menghasilkan teori ynag menurut mereka dapat dijadikan sebagai ukuran untuk memahami keperibadian manusia. Namun sayangnya, sampai sekarang mereka tidak sependapat dengan teori umum yang dapat diterima oleh semua kalangan dalam memahami keperibadian manusia secara tepat, jelas dan benar. Penekanan kajian psikologi moden pada sisi jasmani dan objektif dengan menggunakan system susunan ilmiah dan matlamatnya sampai sekarang belum menemukan suatu bentuk pemahaman yang tepat, bahkan belum mencapai pada ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai keperibadian manusia.
Oleh kerana itu, perlu diingat bahawa kita harus menyentuh sisi kerohanian manusia dengan kaedah tertentu yang berbeza dengan kajian yang dilakukan oleh psikologi moden. Untuk mempermudahkan kajian tersebut, kita harus memanfaatkan keterangan yang banyak dinyatakan dalam Islam mahupun keterangan yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul mengenai hakikat manusia. Hakikat tersebut tentu sahaja sukar ditolak kerana hakikat manusia itu sepenuhnya bersumber dari Allah s.w.t, Pencipta manusia. Dia adalah Zat yang lebih mengetahui mengenai manusia dan hakikat penciptaan serta pembentukannya. (psikologi rasulullah s.a.w)
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“ Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya), sedang Dia Maha Halus urusan tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuannya.”
(Al-Mulk : 14)
Menurut Imam al-Ghazali, emosi merupakan penaksiran tenaga berapi dari dalaman yang perlu dijana dengan sebaik mungkin. Segala bentuk dan variasi dalam emosi berpunca daripada perubahan dalam Nafs (jiwa). Namun begitu tenaga dalaman seseorang individu juga berpunca daripada roh yang menyediakan nyawa kepada jasad untuk terus hidup dan berfungsi.
Hakikat kejadian manusia bermula apabila Allah meniupkan roh kedalam jasad manusia kemudiannya manusia diberikan nafs yang membolehkan manusia hidup mempunyai hawa nafsu. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Mereka itulah orang-orang yang dituliskan oleh Allah keimanan di dalam hati mereka, dan diperlengkapkan mereka dengan roh daripadaNya”. (al-Mujdalah:22)
Di dalam Islam, kestabilan jiwa dan roh menjadi tuntutan utama di dalam kehidupan kerana ia menjadi titik tolak kepada pembentukan emosi dan tingkah laku yang stabil. Gangguan yang berlaku didalam jiwa dan roh seseorang akan menjadikan emosi individu tersebut terganggu. Gangguan inilah yang menyebabkan seseorang individu berkelakuan baik atau jahat. Walaupun diberikan akal untuk melakukan aktiviti pemikiran, namun pengaruh jiwa dan roh ini sangat kuat sekali.
roh dan nafsu (jiwa)
jasad manusia memerlukan roh dan nafsu untuk terus hidup. Sebenarnya roh bersifat lahutiyah (ketuhanan) manakala nafs (jiwa) bersifat nasutiyah (insani). Roh bersifat kekal dan tidak akan mati atau hancur lebur setelah jasad manusia tidak bernyawa. Apabila jasad tidak bernyawa lagi, roh akan terus hidup dan akan kembali kealam akhirat.
Roh bersifat ketuhanan dan tujuan utamanya ialah mengajak kealam akhirat. Roh dijaga oleh malaikat manakala syaitan pula menuruti jiwa dan hawa nafsu.
Pembahagian nafsu
1. nafsu Muthma’innah
2. nafsu Lawwamah
3. nafsu Ammarah

Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan