Selasa, 17 Februari 2009
Berfikir taraf tinggi itu…ialah berfikir dipimpin oleh jiwa..hasil fikirannya bak mutiara.
Apa sahaja yang kita lihat didunia ini boleh mengajar kita..dengan syarat kitaa melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.
Tiga perkara yang orang tidak puas-puas memburunya..ahli ilmu dengan ilmu..orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.
Ilmu adaalah panduan..harta adalaah alat..kedua-duanya adalah untuk menegak kebenaran..bukan untuk cari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan.
Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia..ertinya ilmu dan amal itu tiada nilainya disisi Allah dan manusia.
Ilmu yang memberi manfaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia..ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita kejalan yang menyelamatkan..tetapi sangat sukar kita nampak akan adanya.
Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya..membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya..jikalau diberikan pada orang lain ia akan bertambah..tidaak payah dikawal dan dijaga seperti harta.
Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk..begitulah orang yang berilmu..apabila tidak berjalan dan bermusafir iaa akan jumud dan beku.
Sumber ilmu adalah mendengar..melihat..berfikir..membaca dan dari hati..
Biar sedikit cakap banyak amalan..biar sedikit berbincang tetapi membuahkan sepakatan..biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.
Buah akal ialah ilmu pengetahuan..buah jiwa atau hati ialah iman..buah fizikal ialah kemajuan..alangkah indaahnya kalaau ketiga- tiga ini melahirkan buah dalam kehidupan.
Alim lisan pandai bercakap tidak berbakti..alim hati kurang bercakap banyak berbakti..alim lisan dan hati bercakap dan beramal sama selari..
Temanku...
Andai hening ini bisa berkata-kata, pastikan ku utus bisikan doaku untukmu...
Andai rembulan bisa memahami, kan ku paksa ia menyinarimu..tapi, mustahil untukku lakukan itu semua..hanya kalungan doa mengiringi setiap langkah perjuanganmu teman..
Duhai teman yang dikasihi…
Hidup ini ibarat sebuah pelayaran yang menuju Akhirat..telah banyak yang karam dilautan,godaan mahaupun dugaan. Oleh itu belayarlah dengan kapal taqwa berkompaskan Ilmu Islam dan berbekalkan Iman...
Duhai teman yang disayangi...
Kadang-kadang kita kesunyian tika tidak ada insan disisi..terasa rindu bila berjauhan..sedih jika kehilangan..takut bila keseorangan dan risau ditimpa musibah..tapi apakah kita tidak menyedari sebenarnya ALLAH sentiasa disisi kita..rindukan kita..pengubat luka kita..melindungi kita dan penenang hati kita ketika semua insan melupakan kita..
Duhai teman yang disanjungi...
Kemanisan iman disemai di dalam jiwa sesama insan yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH, .cinta dan benci kerana ALLAH, nasihat dan tegur kerana ALLAH, berukhuwah kerana ALLAH, hatta tiap hubungan dan ikatan aqidah islamnya di dasarkan kepada ALLAH..Indahnya ukhuwah fillah kerana tautan hati yang tertulis dihubungkan oleh ALLAH..itulah rahmat dan nikmat yang tidak ternilai kepada hamba-hamba pilihannya dalam berukhuwah..
Duhai teman yang dihormati...
Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sekali langkah tersadung rebah menyembah..sekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada diatas landasan yang betul, usah di gusar pada “ANUGERAH TUHAN”..anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan…
Duhai teman yang setia...
Sesuatu yang di impikan tidak selalu menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak di duga seringkali berlaku dengan tiba-tiba..biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam..tapi usah kita ketawa memanjang kerana kemenangan yang belum pasti untuk selamanya..tiada abid yang ma’sum tanpa dosa..apalagi bila berjiwa muda, namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa tapi tidak mustahil esok kita pula rebah tidak berdqya..kuatkan hati wahai pejuang ALLAH..
Duhai teman yang riang...
Tiap kesusahan itu disusuli dengan kemenangan..tiap usaha yang baik itu tidak akan di sia-siakan oleh ALLAH..dan bersabarlah kerana tiap Ingatlah makhluk itu telah ditetapkan rezekinya dimuka bumi ALLAH ini..gandakan usahamu dan mintalah kepadaNYA..
Duhai temanku..
Dalam keriangan kita terlupa rupa-rupanya perjalanan kita semakin singkat menujuNYA..semoga nikmat usia yang terus diberi hingga saat ini telah kita gunakan ke jalan yang diredhai ILAHI..
YA MUJAHIDUL ISLAM...
Jasadmu hanya pinjaman didunia, hatimu hanya milik yang ESA,. Perjuanganmu untuk agamaNYA..Semoga diri kalioan sentiasa dalam redhaNYA..
DISEDIAKAN OLEH:
HAMBA ILAHI 11 JUN 2008